Lagu Negaraku + Memula Moon = UMNgok Mengelamun

Posted by khairulzchenko | Posted in , , , | Posted on Thursday, August 27, 2009

0

Kali ni ringkas dan simple sahaja artikel aku, kerjanya, kritik sesedap rasa.. terutama blogger pembela negara..hah, sokong la UMNO kesayangan, lagu sendiri pun tak boleh nak cipta sendiri.

demi Allah, aku tak tahu pun rupa-rupanya lagu Negaraku ini sebenarnya lagu oldies yang bertajuk Memula Moon, yang penyanyi asalnya adalah Rudy Van Dalm. Huh!!

pandai anak emak kelentong ya!!!!
hidup UMNO!!!!

korang tak percaya, pergilah tengok kat youtube tu...search tajuk mamula moon...korang dengarlah sendiri
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> Lagu Negaraku + Memula Moon = UMNgok Mengelamun

ADUN Lunas : macam macam PKR ini daa!!!

Posted by khairulzchenko | Posted in , , | Posted on Monday, August 24, 2009

2

malas aku nak kata apa-apa pasal ADUN Lunas ini, Inche Mohd Radzi Salleh, senang cerita, PKR sekali lagi bawa golongan pemimpin yang lemas dalam perjuangan. Elemen ke-UMNgok itu bakal terserlah sikit masa lagi.

aku tak kisah la kalau PKR ini. Kalau akarnya UMNgok, wat tampang tut PKR pun serupa juga. Dia origin PKR je yang faham tentang PKR.

tapi berapa kerat je yang origin?


orbitmalaya > yang lain celup!
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> ADUN Lunas : macam macam PKR ini daa!!!

KISAH BENAR : Makcik dan Pencuri

Posted by khairulzchenko | Posted in , , | Posted on Friday, August 14, 2009

0

Ini kisah benar yang aku tuliskan, penambahan sesedap rasa menggunakan ajinomoto telah aku berikan agar semua orang terpesona dengan cerita ini. Di harap kepada pendengar yang jauh ataupun dekat, lihat-lihatlah blog ini selalu..ok!

heh.ceritanya begini.

petang kelmarin, di sebuah kedai runcit, ada peniaga ni berpangkat makcik umur sekitar 50-an. Perniagaan seperti biasa. Pada ketika kedai agak lengang, tiba-tiba datang seorang budak lingkungan 20-an masuk ke kedai dengan gaya yang agak aneh. Makcik itu membiarkan sahaja. Tetapi tumpuan mata makcik itu tak lepas daripada budak lelaki itu.

Tiba-tiba!
Budak itu membawa lari bungkusan milo dan minyak melalui depan makcik itu. Makcik itu yang mulanya agak kaget, tidak semena-mena menjerit :

"tolong ! tolong ! budak UMNO pencuri, budak UMNO pencuri !!!

maka, mereka-mereka yang hairan dengan panggilan makcik itu terus memerhatikan budak itu dan ternyata, budak itu memakai baju cop lambang keris UMNO dibelakang bajunya..

apa lagi, ada la brother yang mengejar budak itu, tapi tak dapat. budak tu dia campak je milo dan minyak. plastik minyak tu dah koyak pula, minyak tumpah kat jalan. adapun bro tu kutip balik dan bagi pada makcik tu, lalu bro tu cakap pada makcik

"tak guna punya UMNO, dah la mencuri duit rakyat, milo dengan minyak pun dia nak kebas..."

makcik tu membalas

"tak sangka ada juga UMNO yang mencuri"

kemudian, datanglah beberapa orang lain lagi bertanya apa yang terjadi

makcik tu jawab ringkas je

BUDAK UMNO KERJANYA MENCURI JE

sekian.

orbitmalaya : lain kali nak mencuri pakai baju yang tak melibatkan orang lain. hahaha
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> KISAH BENAR : Makcik dan Pencuri

Ceramah Perdana YB Dato' Seri Nizar di Sabak Bernam

Posted by khairulzchenko | | Posted on Wednesday, July 29, 2009

0

Salam Perjuangan, ampun maaf sebab lama aku tidak membuat sebarang entri, kerana aku terlibat sebagai Setiausaha satu karnival di tempat aku. Apapun, let's make the hot!!!

KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> Ceramah Perdana YB Dato' Seri Nizar di Sabak Bernam

UPDATE: Detektif Conan terus menyiasat SPRM vs Mendiang Teoh

Posted by khairulzchenko | | Posted on Tuesday, July 21, 2009

3

Pihak polis mula mengesyaki sesuatu keanehan dalam kes kematian Teoh Beng Hock di mana handphone milik mendiang tidak ditemui pada sekitar badan mangsa. Akhirnya telefon milik mendiang ada di tangan SPRM.

Huh? kenapa boleh ada di tangan SPRM? Atas tujuan apa mereka ambil telefon itu?misteri...sedangkan mendiang hanya dipanggil sebagai saksi. Takkanlah terlupa nak pulangkan telefon mendiang setelah selesai 'mentelaah'. Heh.

Lagi satu kenyataan Dato Nazri Aziz, macam tahu-tahu sahaja mendiang itu terjun bangunan? aik....

Tambah memeranjatkan, tubuh mangsa dah mati 4 jam sebelum ditemui, maknanya sekitar jam 3.45 itu, sampai jam 7.00 pagi....... takkan pengawal keselamatan tak kunci box di laluan itu? misteri...

Semua yang aku tulis ni ada di MalaysiaKini.com, cari di sana ok!

Detektif Conan akan terus memerhatikan...
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> UPDATE: Detektif Conan terus menyiasat SPRM vs Mendiang Teoh

Detektif Conan : SPRM vs Mendiang Teoh Beng Hock

Posted by khairulzchenko | Posted in , , , | Posted on Monday, July 20, 2009

2


Satu Malaysia dengar akan berita ini, satu Malaysia mahu tahu apa yang terjadi,termasuk aku. Itulah cerita SPRM dan Teoh Beng Hock. Kematian misteri yang agak 'pelik'. Maka, aku mula berangan menjadi seorang Detektif Conan yang berada di luar kawasan.

Inspektor Mauri ada di lokasi kejadian dan andaian-andaian ini yang berlaku :

1. Siasatan dan rakaman percakapan mendiang Teoh selesai jam 3.45 pagi, satu persoalan, mengapa sehingga jam 3.45 pagi? adakah prosedur normal bagi rakaman siasatan SPRM?

2. Kedudukan beliau 'jatuh' agak mencurigakan, kerana, dalam hukum fizik, sudut projektor mendiang jatuh dengan tingkat yang beliau disyaki terjatuh agak meragukan. masakan seorang yang jatuh bangunan boleh membuat sudut curve melengkung untuk jatuh (melainkan jika dia berlari sekuat hati dan melakukan lonjakkan), pastinya, jisim badan beliau sekitar 60kg, adalah directly daya graviti lurus. Mana mungkin boleh jadi begitu. Takkan jisim manusia boleh guna pakai prinsip Bernouli?


3. Agak menghairankan apabila gaya baringan beliau dalam posisi yang sukar. forensik boleh membuktikan dengan memerhatikan kedaan muka mendiang, sama ada lebam terhempas atau muka dalam keadaan normal.


4. masa di antara 3.45 hingga jam 6.00 pagi adalah waktu yang sangat aktif bagi sesiapa yang melakukan jenayah. Agak 'ajaib' jika kedudukan jatuh itu hanya beberapa inci sahaja daripada dinding penghadang, paling tidak jika kena, pastinya pecah luka akan ada.


5. Pegelangan tangan beliau luka, jika dilihat pada objek di sekitar kawasan terhempas, tidak ditemui sebarang objek yang mensabitkan luka pada pergelangan tangan itu.


6. Agak mencurigakan juga apabila ada kenyataan mendiang dibenarkan 'tidur' di ruang tamu.


7. yang pasti. di Malaysia ini, bukan ini kes pertama, ingat lagi pada kes Pegawai Jabatan Alam Sekitar di Sabah itu? renung-renungkan.




orbitMalaya> semakin menakutkan !!!
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> Detektif Conan : SPRM vs Mendiang Teoh Beng Hock

Menghidupkan enjin blog yang lama tak di servis

Posted by khairulzchenko | Posted in , , , , , | Posted on Monday, July 20, 2009

3

Salam untuk semua.. maaf entah apa anginnya, blog kesayangan aku ini sudah lama tak aku update. Apapun mari semua, kita imbas kembali apa yang berlaku pada minggu lepas.

1. BN-UMNO seperti biasa kalah lagi di Manek Urai. Kita 'quote' balik kenyataan mereka yang dulu, 'undi tipis pun kami menang', jadi jangan banyak membebel kalau kali ni kalah sikit. Apa yang penting, kalau dah janji nak buat itu ini di Manek Urai, sekarang buat, jangan tahu cakap sahaja.

2. SUPOL YB Ean, Exco Selangor, Teoh Beng Hock, mati disyaki dibunuh, terbunuh, membunuh, pada ketika ini ramailah yang berangan nak jadi Detektif Conan. Hahahah... aku tidak terkecuali.

Apapun, nantikan artikel terbaru selepas ini.

orbitMalaya> kembali
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> Menghidupkan enjin blog yang lama tak di servis

ANIMAL PLANET : Katak Pun Makhluk Transparen !!!

Posted by khairulzchenko | Posted in , , , , , | Posted on Thursday, June 18, 2009

2


Pagi ini aku cukup mengantuk, malam tadi aku lengkapkan tugasan harian yang aku rasakan sepanjang tahun aku kena buat. Apapun, semoga panjang umur dan murah rezeki.

Sesi buang masa aku baca tentang animal planet, Maha Suci Allah, Allahu Akbar !!!. Sungguh teruja aku melihat katak transparent yang boleh nampak organ dalam badannya. Ini adalah kali pertama aku melihat, seumpamanya di dunia.

Mengikut laporan, spesies katak ini ditemui di Hutan Simpan Nangaritza, di Ecuador, bersempadanan dengan negera Peru. Setakat ini bilangannya tidak diketahui, tapi para saintis percaya, bilangannya ada dalam sekitar ratusan dan hanya ada di hutan simpan tersebut.


Tahniah kepada saintis yang menemukan spesies katak ini, dan syukur kepada Allah SWT. Aku juga mahu maklumkan kepada saintis tersebut, di Malaysia ini juga ada spesies katak yang 'melompat' bila nampak wang ringgit, barangkali itu spesies baru juga.


Kepada sesiapa yang mahu cari maklumat lanjut tentang katak transparent ini, gunakan enjin carian dan menaip Hyalinobatrachium Pellucidum . Kalau tidak pun, cari atas nama Glass Frog.

orbitMalaya > kalaulah boleh nampak transparent 'katak' yang kat Perak hari itu kan best!
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> ANIMAL PLANET : Katak Pun Makhluk Transparen !!!

WIRE-LESS : cas handphone tak perlu cucuk kabel

Posted by khairulzchenko | Posted in , , , | Posted on Wednesday, June 17, 2009

2


Nokia hari ini mengumumkan untuk melaksanakan satu 'grand project' bagi siri handphone mereka pada masa 3 hingga 5 tahun akan datang, di mana, mereka akan menggunakan kaedah 'wireless' untuk mengecas handphone. Ini bermakna, tak perlu lagi tinggalkan handphone di atas televisyen, bubuh saja dalam poket seluar khakis anda, dan ia akan di cas dengan sendirinya.


Mengambil konsep pemindahan tenaga yang diperkenalkan oleh Intel, Nokia cuba mengadaptasikan ilmu resonans ini, dan mereka percaya, dalam tempoh tiga tahun, mereka akan memastikan perkara ini berjaya dilaksanakan.

Kita nantikan sahaja, pada ketika itu, teknologi di Malaysia ini bagaimanalah rupanya ya kalau seperti kata Roslan Nazri, HSBB pun macam projek tergendala. Hakchummm!!!

orbitMalaya> kalau ikutkan, bomoh lagi tahu pasal wireless ni...hehehe

**gambar dari laman web TechToday
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> WIRE-LESS : cas handphone tak perlu cucuk kabel

PILIHANRAYA PRESIDEN : Iran tetap mahukan Ahmadinejad atau Reformis?

Posted by khairulzchenko | Posted in , , , , , , | Posted on Tuesday, June 16, 2009

0


Seperti mana yang sedia maklum dan di Twitter pun ia menjadi trending topics yang paling banyak, maka artikel ini sebagai rumusan kepada keputusan pilihanraya Presiden Iran untuk sesi 2009-2013.

Kemenangan yang dijangka kepada Mahmood Ahmadinejad bukanlah suatu yang mudah bagi beliau sendiri. Berhadapan dengan puak Reformist yang didukungi oleh Mir-Hossein Mousavi yang dilihat semakin lantang membawa suara baru rakyat Iran. Namun begitu, 12 Jun 2009 yang lalu menyaksikan Ahmadinejad memenangi pilihanraya dengan peratus undi sebanyak 63% iaitu seramai 24.58 juta undi, menewaskan 3 calon lain.

Pun begitu, Mousavi yang beridealogikan ekonomi sebagai teras pengupayaan di dalam memenangi kempen, di lihat ia seolah-olah memenangi pilihanraya lebih awal, namun, itu tidak cukup dengan dasar keselamatan dan maruah masyarakat yang di bawa oleh Ahmadinejad lebih menusuk hati rakyat Iran, lantas kemenangan berpihak kepada Ahmadinejad.

Secara pandangan kasar, Ahmadinejad bukanlah seorang pakar di dalam menguruskan ekonomi makro bagi Iran. Namun ketegasan beliau di dalam mempertahankan hak dan kedaulatan Iran dari sewenang-wenangnya dicabuli oleh Amerika Syarikat dan Israel menyebabkan dirinya masih dihormati sejak 2005 lagi.


Berbeza dengan pandangan Mousavi yang mahu menjana ekonomi sebagai kunci utama membebaskan rakyat daripada belenggu kemiskinan, dan menurut penganalisis politik, dukungan Mousavi terarah kepada kepimpinan peringkat tengah dan atasan, yang menjadi 'player' kepada pembangunan ekonomi. Golongan inilah yang sering mendesak Ahmadinejad untuk memberikan ruang kepada Amerika Syarikat membaik pulih ekonomi Iran.

Golongan reformis yang menggunakan tema hijau mahukan pentadbiran secara seimbang, tanpa ada unsur diktator yang digunakan oleh Ahmadinejad sekian lama. Mereka yang terdiri daripada golongan atasan tidak memandang isu golongan miskin dan luar bandar sebagai faktor pengubah kepada ekonomi. Maka, bagi mereka tidak perlu memperjuangkan golongan miskin kerana mereka tidak menjana ekonomi makro kepada Iran.

Ini ditambah pula dengan isu nuklear Iran. Rakyat Iran ada dikalanganya yang tidak menyokong, kira-kira 13 juta orang, yang menganggap usaha ini sebagai usaha membunuh rakyat Iran secara senyap, yang mana dunia akan melakukan sekatan ekonomi, dan membuatkan ekonomi Iran lumpuh, inflasi meningkat, dan matawang akan semakin terjejas.


Namun, bagi aku pula, rakyat Iran membuat keputusan yang baik pada ketika ini, sungguhpun berhadapan dengan krisis ekonomi yang meruncing, soal kedaultan negara menjadi keutamaan. Golongan marhaein Iran lebih 'cerdik' di dalam mempertahankan Islam di bumi Iran berbanding golongan reformis yang cenderung ke arah Islam Liberal, sikap sangka baik dan kerjasama menjadi kerangka utama untuk memulihkan ekonomi Iran bagi mereka.

Golongan pertengahan yang tidak pernah hidup susah memang akan merasai keperitan krisis ekonomi, dan itu paradigma pemikiran Mousavi. Biarpun pada ketika ini, demo bantahan dan rusuhan berlaku di kota Tehran, lebih baik begitu daripada US menyelinap masuk dalam urusan ekonomi Iran.


Iran adalah ikon negara Islam yang ulung pada dekad ini, Lubnan sudah kembali kepada pihak pro-US, Palestin semakin mendesak, maka, apa lagi perjuangan Islam yang harus ditegakkan melainkan Iran yang harus bergolok gadai demi maruah Islam. Kita di Malaysia ini, fikir-fikirkan soal umat Islam, bukan sekadar memperjuangkan bangsa Melayu semata-mata. Pemimpin negara kita, apakah nilai sebagai umat Islam di Malaysia ini?

orbitMalaya> Revolusi Iran + Ayatollah Khomeini = Islam totally at Iran

***gambar diseludup masuk menerusi www.deviantart.com
KLIK SINI UNTUK TERUS MEMBACA >> PILIHANRAYA PRESIDEN : Iran tetap mahukan Ahmadinejad atau Reformis?